Friday, October 17, 2008

Perikanan DI Malaysia

Perikanan Malaysia

Terbahagi kepada 3 jenis.

i. Perikanan Pinggir Pantai
ii. Perikanan Laut Dalam
iii. Perikanan akuakultur.


Perikanan Pinggir Pantai. – ciri - ciri

Aktiviti tangkapan - jarak 32km ke laut. Kedalaman 180m.
Lokasi langkapan – kawasan cetek pentas Benua spt perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, laut Sulu (Sabah) dan Selat Melaka serta Selat Tebrau (Johor).

Teknologi dan Peralatan – peralatan tradisional seperti perahu dan bot kecil, jala, pukat hanyut, pukat tangkul, bubu, pancing, kelong. Spt Nelayan Kelantan dan Terengganu – masih berperahu dan menggunakan bubu dan pancing.

Turun ke laut awal pagi dan pulang lewat petang nelayan Penarik Terengganu.tangkapan tidak banyak, jenis ikan spt Selayang, Merah, tuna, ketam, sotong dan udang. Skala tangkapan kecil – dipasarkan untuk masyarakat setempat.

Modal – kecil kerana miskin, tangkapan kecil hasil pendapatan kecil, tidak mampu beli peralatan moden, kebanyakan golongan berpendidikan rendah.
Perkerjaan Tradisi penduduk pinggir pantai – diwarisi turun – temurun , spt di Marang, Penari, Kuala Besut.

Terikat dengan orang tengah sebagai pemodal (Pemberi hutang) kepada nelayan terutama ketika musim tengkujuh terutama nelayan di Pantai timur. Harga ikan di tentukan oleh orang tengah (Peraih), pendapatan ditolak hutang.



Kepentingan / sumbangan sektor perikanan Pinggir Pantai.

Sumber protin murah ( Makanan)
Peluang Pekerjaan
menyumbang kepada pendapatan nelayan / negara
perkembangan industri berkaitan
membantu meningkatkan teknologi
meluaskan pasaran.

Faktor – Faktor Mempengaruhi Nelayan Pinggir Pantai.

Fizikal
Sosial
Ekonomi
Dasar Kerajaan.

Fizikal.

i. Pentas sunda dan laut keliling Semenanjung Malaysia – kaya dengan ikan. Keadaan laut cetek, membenarkan cahaya sampai ke dasar laut mempengaruhi pembiakan batu karang. Kawasan batu karang adalat tempat pembiakaan ikan . ia kaya dengan ikan yang bernilai tinggi seperti kerapu, Jenahak, Merah, Tenggiri dsb. Terutama kawasan berpulau sept p. Redang, perhentian dan Tioman.
ii. Kawasan pantai yang berlumpur dan dipenuhi pokok bakau dan nipah merupakan kawasan pembiakan bagi sesetengan specis ikan seperti kerapu, siakap, udang dan ketam sebelum mereka berhijrah ke laut untk hidup dan membesar, kebanyakan berlaku dipantai Barat Semenanjung spt Johor, Selangor dan Perak.


Faktor Sosial.

1. Pekerjaan turun – temurun, dan tinggal di pinggir pantai, Di Pantai Timur spt Kelantan dan Terengganu kawasan Pantai tidak subur untuk pertanian terutama padi, maka penduduk melihat laut sebagai peluang pekerjaan untuk menyara hidup.
2. Berpendidikan rendah – tidak berpeluang untuk memasuki pasaran pekerjaan dengan pihak kerajaan dan swasta spt nelayan Kuala Besut, Penarik, Kuala Setiu.
3. Mendapat permintaan tinggi penduduk setempat kerana makanan tradisi sebagai sumber protin murah, sumber protin dari daging dan susu adalah mahal.

Faktor Ekonomi.
Mendapat permintaan tinggi dalam negeri , terutama penduduk sekitar – sekaran berlaku peralihan cita rasa daripada daging spt ayam dan lembu kepada ikan ( Makanan kesihatan). Restoran makan laut juga mendapat permintaan menggalakan, jesteru itu permintaan ikan dari nelayan pinggir pantai juga tinggi spt Kuala Besut, Kuala Terengganu.
Juga mendapat permintaan tinggi dari industri kecil spt membuat keropok, budu, ikan kering dsb. Spt di Terengganu.
Kurang persaingan dengan ikan dari luar yang di import.

Dasar Kerajaan.

i. Galakan dari kerajaan – memberi subsidi bot, enjin, pukat,
ii. Kerajaan menubuhkan agensi - bantu nelayan –Jabatan Perikanan – memberi
lesen, memberi khidmat tunjuk ajar dan mengawal perairan aripada diceroboh
iii. Kerajaan Juga menubuhkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia – membina pusat
pendaratan, komplek bilik sejuk, air batu, kemudahan diesel subsidi dan
kemudahan pemasaran ikan spt Komplek Pendaratan Ikan Kuala Besut,
Chendering, Tumpat dsb.
iv. Menubuhkan Pusat Latihan Perikanan seperti di Chendering TRG - memberi
latihan perikanan, Bengkel baiki enjin, latihan menjadi nakhoda dsb. Ini membantu
meningkatkan taraf hidup nelayan.
v. Bank Pertanian – memberi kemudahan pinjaman kepada nelayan.
vi. Nelayan digalakkan berpesatuan untuk membela nasib mereka – Pertubuhan
Nelayan Kebangsaan – diiktiraf oleh kerajaan, berfungsi menyuarakan masalah
nelayan kepada kerajaan.
vii. Rondaan pasukan Polis Merin – jamin nelayan selamat dari ancaman pencerobohan nelayan asing spt dari Thailand dan Vietnam (Pantai Timur) dan dari ancaman lanun spt di Selat Melaka dan Laut Sulu. Jabatan Perikanan menguatkuasa larangan pencerobohan sempadan oleh nelayan laut dalam ke laut cetek yang menggunakan peralatan yang lengkap seperti penggunaan pukat tunda, pukat Apollo dsb.
viii. Kerajaan juga menggalakkan nelayan menceburi bidang akualkultur air Masin atau Payau, Membina medan Ikan Bakau untuk nelayan berniaga.





Masalah Nelayan Pinggir Pantai.

Fizikal.
i. Iklim – Pantai Timur ( Kelantan, Trg, Pahang dan Johor Timur) laut bergelora bulan Nov – Jan. Monsun Timur laut. Nelayan tidak turun ke laut. Baiki pukat dan bot spt nelayan Kuala Besut, Tumpat.
ii. Kawasan Pembiakan Musnah- ekosistem musnah sebab pencemaran laut, pantai, ikan berkurangan. Spt nelayan selat Melaka dan selat Tebrau –akibat tumpahan minyak, hasil tangkapan merosot.
iii. Masalah iklim – panas – lembab ikan cepat busuk / rosak, perlu air batu / bilik sejuk ini menaikkan kos.
iv. Laut tropika yang panas dan masin dan banyak batu karang – pukat cepat rosak / koyak dan reput.



Sosial.

Nelayan miskin dan berpendidikan rendah
Masalah kekurangan buruh ( tinggal nelayan Tua)- sebab:
migrasi keluar belia ke bandar spt ke Lembah Kelang, Johor Baharu dan PP.
Sektor perikanan pinggir pantai tidak menjanjikan pendapatan lumayan dan kebanyakan nelayan yang ada kekal miskin
Susana kerja tidak selesa, panas dan tidak selamat. Spt di Pantai Timur.

masalah keselamatan Nelayan.
i. ancaman lanun seperti di Selat Melaka, Laut Sulu
ii. Ancaman pencerobohan nelayan asing – Pantai Timur nelayan Thailand.

4. Pencerobohan nelayan laut dalam ke Kawasan Pinggir Pantai – menggunakan bot besar dan pukat tunda – merosakkan bubu dan unjang nelayan pantai spt. Nelayan Pantai Timur.

Masalah ekonomi.

kekurangan Modal- miskin, tidak mampu miliki bot besar, pukat dan peralatan moden – menghalang tangkapan lebih banyak dan pulangan lebih baik – spt nelayan Kelantan.
Masa;lah kekurangan teknologi – Kebanyakan miskin, berumur dan taraf pendidikan rendah mereka tidak berupaya mengendalikan peralatan moden spt sonar, echo sounder dan sistem komunikasi lebih canggih – juga menghalang kemasukan teknologi dalam sektoe perikanan. Mereka masih bergantung kepada peralatan tradisional.
Masalah Pasaran – kerana bergantung kepada orang tengah – harga bukan ditentukan oleh nelayan. Mereka tidak dapat menjual sendiri ikan untuk dapat harga lebih baik spt nelayan Kuala Besut dan Tok Bali.
masalah kenaikan harga minyak di pasaran dunia – nelayan sukar ke laut
kenaikan harga peralatan spt kuit bot, enjin, pukat sedangkan harga ikan yang ditangkap tidak naik secepat bahan tersebut.












Masalah kepususan sumber merin.

kepupusan sumber disebabkan 1. tangkapan berlebihan, tanpa kawalan dan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan seperti letupan (Sabah), pukat tunda dikawasan pembiakan ikan.

ii.kepupusan disebabkan oleh – pencemaran air laut yang merosakkan
ekosistem laut terutama akibat tumpahan minyak disebabkan oleh
pelanggaran kapal tangki spt di Selat Melaka dan Pembangunan Pesat di
kawasan pinggir pantai yang menyalurkan sisa kumbuhan domestik, hotel
dan kilang ke Laut seperti di Port Dickson N. Sembilan, Selangor dan
Johor




Usaha Mengatasi Masalah.

Usaha Kerajaan.
Jabatan Perikanan – Bantuan Modal / subsidi - subsidi bot, enjin bot,pukat dan minyak diesel dgn harga RM1 / liter.
Bantuan pinjaman modal – mudah , tanpa cagaran, dan tanpa faedah – disalurkan melalui Bank Pertanian,
Latihan Kepada nelayan- spt Pusat Perikanan Laut Dalam di Chendering mengendalikan kursus – kursus kepada nelayan berminat spt kursus nahkoda kapal / bot, baiki enjin sangkut, baiki pukat, mengendalikan peralatan moden spt sonar, echo – sounder, radio gelombang pendek untuk komunikasi.
Mewujudkan pusat – pusat penyelidikan perikanan spt Tg. Demong, kuala Besut ( Pusat penyelidikan Ikan Air Masin, Machang dan Jitra Perikanan air Tawar.
Menggalakan nelayan menceburi perikanan akuakultur air masin / air payau spt di Kuala Muda Kedah, ,Manjung Perak.
Mengeluarkan lesen – lesen perikanan kepada nelayan. Kawal pengeluaran lesen, kawal tangkapan tanpa lesen.
Menguatkuasa zon tangkapan daripada di ceroboh atau menggunakan alat yang dilarang. Spt pencerobohan Nelayan nAsing – Thailand atau Indonesia)
Membina tukun tiruan.
Taman Laut -memelihara kawasan pembiakan ikan









2. Menubuhkan Agensi Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang berfungsi;

i. menyedia dan membaiki kemudahan perikanan kepada nelayan spt pusat pendaratan perikanan, kemudahan pemasaran (sistem borong, lelong dan bisik), kemudahan pengangkutan, Spt di Kuala Besut, Chendering (TRG) Tok Bali, Bachok dan Tumpat ( Kelantan ) Sedili dan Mersing (Johor)
ii. Membina kilang air batu ,kemudahan Bilik dingin beku untuk penyimpanan ikan, kemudahan bekalan air tawar spt Kuala Besut.
iii. Menubuhkan kopersi dan persatan nelayan kawasan (NIKMAT)untuk mengawal pemasaran dan harga ikan daripada dieksploitasi oleh orang tengah.
iv. Membuka medan ikan bakar agar nelayan dapat menceburkan diri dalam perniagaan ikan spt Kuala Besut.
v. Menggalakkan nelayan menceburi bidang industri kecil spt membuat keropok , budu, belacan, ikan kering dan lain – lain produk berasakan ikan spr di K. Besut, Chendering. LKIM dan Persatuan nelayan menolong memasarkan produk.

3. Taman Laut.
Tubuh taman laut spt pulau Redang, Perhentian, P.Payar- tempat pembiakan ikan.

4. Tubuh Bank Pertanian.



5. Polis Merin dan Tentera Laut menguatkuasa sempadan laut malaysia daripada diceroboh Nelayan asing dan menghapuskan kegiatan Lanun bagi menjamin keselamatan nelayan Malaysia.

6.Nelayan Sendiri.

Hadiri kursus – pengurusan kewangan, penggunaan alat berteknologi tinggi.
membuat pinjaman.
tangkap secara behemah – guna pukat sesuai, tidak tangkap ikan kecil, tidak musnahkan batu karang.
ceburi perniagaan- jual sendiri ikan, buat keropok, buka restoran ikan bakar, ceburi akuakultur sebagai kerja sampingan.


7. Jaga Kawasan Laut daripada pencemaran dari laut dan darat




Nelayan Laut Dalam.

Ciri.-

Kawasan a/ bangsa spt – Pasifik, Hindi, Pasifik
Jarak – lebih 32km dari Pantai. Dan kedalaman laut > 180m.

Teknologi – moden – kapal / bot lebih 200 tan. Lengkap radar,gps, telekomunikasi,
Berada lama di laut > 2 minggu

Skala Pengeluaran – Besar / eksport
Ikan – Tuna sirip kuning
\
Modal besar – lebih sejuta RM. Beli peralatan, pukat dan bot
Banyak dipunyai syarikat besar



Kesan Negatif Perikanan Terhadap Alam Sekitar.

Kepupusan Sumber perikanan.

Kepupusan sumber perikanan disebabkan tangkapan berlebihan termasuk ikan kecil yang tidak bernilai di pasaran, hanya intuk ikan baja sahaja.

Alat tangkapan lebih maju spt penggunaan alat GPS, fish Finder, echo saunder menyebabkan ikan tidak dapat bersembunyi, bagi laut dalam pengguna kapal lebih besar, helikopter pengesan ikan, penggunaan pukat lebih besar dan panjang bermata kecil menyebabkan ikan besar dan anak ikan tertangkap sama.

Kaedah tangkapan yang memusnahkan habitat ikan ( batu Karang) terutama penggunaan pukat tunda yang menghakis dasar memusnahkan batu karang tempat pembiakan ikan. Penggunaan kapal tunda yang besar dan berkuasa tinggi menarik masuk semua hidupan dalam pukat.



kemusnahan habitat / tempat pembiakan / batu karang
Batu karang habitat bagi fauna danflora akuatik laut. karang adalah satu ekosistem unit bagi hidupan laut, ia merupakan satu kawasan rantaian makanan atau jaringan makanan (food web) penting bagi ikan, sotong ketam dan hidupan lain. Kemusnahan kawasan ini menyebabkan ekosistemya terggangu, ia menggangu pembiakan dan populasi ikan dan hidupan lain. Penggunaan pukat tunda, pukat appolo dan pukat harimau telah memusnakkan kawasan ini. Kesan ikan berkurangan – tangkapan ikan berkurangan, nelayan kekal miskin

pencemaran laut
disebabkan oleh pembuangan minyak olek kapal dan bot nelayan dan kapal dagang, pelanggaran kapal telah menyekat permukaan laut daripada sinaran matahari, fatosentisis tumbuhan laut tidak boleh berlaku hidupan tidak dapat bekalan oksijen.
Pembuangan sisa industri dengan kimia berbahaya seperti merkuari, pelambum, kadmium, pelambum dan lain – lain kimia beracun ke dalam sungai telah memusnahkan ekosistem laut dan hidupannya
Pembangunan pinggir pantai terutama pelancungan telah mencemar pantai Pembersihan tapak pelancungan dan pelepasan kumbuhan dari hotel. Spt Batu Peringgi Pulau Pinang, Port Dickson. Kesan ikan berkurangan, tengkapan berkurangan.
kemusnahan ekosistem paya bakau
disebabkan perikanan akuakultur dan pembangunan perhotelan, pembersihan paya bakau dan kawasan nipah untuk tapak kolam seprti di Setiu Trg, Manjung Perak.
Pembinaan kawasan pelancongan tepi pantai spt di Batu Feringgi, Batu Maung Pulau Pinang, Port Dikson N. Sembilan. Telah memusnahkan ekosistem paya bakau yang merupakan kawasan pembiakan utama ikan, udang dan ketam.




Langkah Mengatasi Kesan negatif perikanan.

Langkah Perundangan
Jab.Alam Sekitar yang menguat kuasa Akta Alam Sekeliling 1984 perlu menguatkuasa kepada pembangunan daratan yang mencemar laut terutama yang mencemar laut dan sungai seperti pelepasan sisa industri kedalam sungai,
ii.Jabatan Taman Laut – menguat kuasa akta taman laut kepada sektor pelancungan

nelayan yang memusnahkan batu karang seperti di Pulau Perhentian, Pulau
Redang Pulau Payar dsb.
iii. Jabatan perikanan – kuat kuasa akta perikanan dari segi penggunaan pukat tunda, pukat appolo dan pukat harimau di kawasan tertentu.. Denda berat seperti Denda, Tarik balik lessen nelayan, merampas alat dan bot bagi yang memasuki zon nelayan pinggir pantai.
iv. Polis Merin – mengawal sempadan negara daripada dicerobohi oleh nelayan asing terutama dari Thailand dan Indonesia. Tindakan Rampas bot dan Peralatan serta denda tinggi dan Penjara setahun kepada nelayan tersebut.








Semua tindakan di atas adalah berkaitan dengan

a. melaksanakan hukuman mengikut akta tertentu – seperti denda, Kompoun tarik balik lesen , rampas alat tangkapan terutama pukat dan bot.
b. Mengawal zon pinggir pantai daripada pembangunan seperti mengawal pembalakan haram hutan bakau, pembinaan tapak akuakultur dan hotel/ aktiviti pelancongan daripada musnahkan hutan bakau.
c. Mengawal perairan negara daripada di cerobohi nelayan asing, zon pinggir pantai daripda dicerobohi nlayan laut dalam.
d. Mengawal aktiviti pembuangan sisa toksid, tumpahan minyak dilaut juga mengawal kegiatan memusnahkan batu karang.

amalan Pengurusan Strategik
Mewartakan lebih banyak Taman Laut – sebagai kawasan larangan aktiviti penangkapan ikan dan mengawal dengan ketat aktiviti pembinaan kemudahan pelancongan.
memperbanyakkan pembinaan tukun tiruan yang dibuat daripada tayar, kapal yang ditenggelamkan, kongkrik dan tembikar.
menjalankan usaha pembersihan kawasan laut dengan lebih berkesan daripada tumpahan minyak
mengurangkan pengambilan kawasan bakau dan nipah untuk akuakultur dan hotel, Jabatan Perikanan dan swasta perlu menanam semua bakau dikawasan yang di tebang dan kawasan sesuai.
mensyarat kan zon penanpang antara ternakan kolam ikan air payau dengan laut atau muara sungai.
lebih banyak R& D untuk pemulihan kawasan bakau dan nipah.
Jalin kerjasama lebih kukuh dengan negara serantau dan antara bangsa untuk tingkatkan pemuliuharaan laut dan bakau.

kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.
Meningkatkan kefahaman kepada nelayan dan masyarakat amnya tentang kepentingan pemeliharaan hutan bakau dan laut. Kempen ini boleh dilakukan oleh NGO spr Sahabat Alam, WWF, Jabatan Perikanan, Jabatan Taman Laut DSB.

Pendidikan kepada nelayan dan pelajar.

Perhutanan di Malaysia

Dengan merujuk kepada sebuah Negara di Asia Tenggara.

Nyatakan empat jenis hasil daripada sumber hutan yang terdapat di Negara tersebut.

i.Sumber kayu balak, nama sepsis kayu yang selalu diambil oleh pembalak dan kegunaanya.
ii.sumber rotan dan buluh – industri perabut . apa dan di hutan mana
iii. akar, daun, bunga (beri nama) untuk industri perubatab / minyak wangi.
iv. hutan sebagai sumber rekreasi / hutan lipur
v. haiwan – untuk daging.
vi.buahan dan ulam untuk makanan . nama.

Jelaskan mengapa penyahhutanan berlaku di Negara tersebut

kegiatan pembalakan tanpa kawalan / secara haram
kegiatan penebangan hutan untuk tapak pertanian ladang / pekebun kecil oleh orang perseorangan / swasta / kerajaan. Contoh di mana, tanam apa?
pembersihan hutan untuk pembangunan kampung / bandar baru oleh kerajaan.
kebakaran hutan pada musim kemarau panjang
pembinaan tapak projek elektrik hidro.
pembinaan lebuh raya
hutan diserang penyakit dan bencana alam spt letusan gunung berapi.

Huraikan langkah – langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negara tersebut.

A.Langkah perundangan.

i. Akta Perhutanan Negara - kawal pembalakan, tanam semula hutan oleh pengusaha pembalakan
ii. Mengenakan denda, kompaun/ penjara.

B.Langkah Pengurusan.

iii. Penubuhan hutan simpan / taman negara, rizab hidupan liar.
iv. Penubuhan estet hutan kekal utuk menjamin masa hadapan dengan menanam pokok cepat besar spt Acasia, Yamame, sentang dll.
v. Penubuhan pasukan Renjer hutan- meronda untuk memastikan tiada pembalak haram, pemusnahan hutan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
vi. Melaksanakan sistem tebang terpilih.
vii. Melaksanakan R&D secara berterusan khusus dlm kontek sivilkultur, penjagaan dan rawatan hutan drp perosak dan penyakit, teknologi pembiak bakaan pokok dsb.
viii. Menggalakkan penggunaan sumber gantian agar tidak terlalu bergantung kepada sumber kayu. Spt penggunaan simen, bata, kaca, penggunaan kayu getah dan batang k.sawit untuk perabut.

C.Langkah kesedaran.

ix. Melalui Pendidikan Alam Sekitar yang dilaksanakan di sekolah hingga IPT
x. Kempen kesedaran – pentingnya hutan sbg warisan masa depan.